Thursday, July 30, 2009

selamat tinggal blog ku.........
mungkin di suatu masa nanti
kita akan berjumpa lagi......................
wasalam.........

Monday, July 13, 2009

Kerana Aku Seorang Wanita


Kerana Aku Seorang Wanita

Kerana aku seorang wanita....
Aku ingin dihormati selayaknya
Aku ingin dihargai sebaiknya
Aku ingin disayangi selembutnya
Aku ingin dikasihi seadanya

Kerana aku seorang wanita....
Aku punya harga diri walaupun aku lemah
Aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
Aku punya perasaan walaupun sering terluka...
Aku punya kesabaran walaupun aku tercalar....
Aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

Kerana aku seorang wanita....
Aku sering diperlekehkan....
Aku sering disakti...
Aku sering dilukai....
Aku sering dilupakan...
Aku sering diabaikan....

Tapi....
Satu perkara yang adam sering dilupakan...
Kerana wanita lah binasanya adam
Kerana wanita lah dunia bergolak....
Kerana wanita lah indahnya kehidupan....
Kerana wanita jugalah ilham tercipta...
Kerana wanita lah .....

Kerana aku seorang wanita....
Aku dianugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
Aku dianugerahkan dengan kesabaran walaupun dihimpit kehidupan
Aku diangurahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering dikhianati

Hanya....
Kerana aku seorang wanita....
Inginkan kejujuran bukan kepalsuan
Inginkan kebahagian bukanya penderitaan...
Ingin dihormati bukan dikasari........
Ingin di sayangi bukan dilukai...



p/s : sajak ini ditulis oleh Perindu Manja 090609..saya sungguh tertarik dengan susunannya dan setiap bait2 kata ni amat bermakna...

Monday, June 15, 2009

Syair Untuk Adam Dan Hawa


Untuk Adam


Pernikahan atau perkawinan,

menyingkap tabir rahsia.

Isteri yang kamu nikahi,

Tidaklah semulia Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,

Pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman

Yang punya cita-cita menjadi solehah......

Pernikahan atau pun perkawinan,

mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,

Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,

Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,

Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan,

Menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan ridha,

Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,

Justeru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasulullah,

Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah,

Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh...


Untuk Hawa


Pernikahan ataupun perkawinan,

Membuka tabir rahsia.

Suami yang menikahi kamu,

Tidaklah semulia Muhammad,

Tidaklah setaqwa Ibrahim,

Pun tidak setabah Ayub,

Ataupun segagah Musa,

Apalagi setampan Yusuf,

Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman,

Yang punya cita-cita membangun

keturunan yang soleh....

Pernikahan ataupun perkahwinan,

Mengajarkan kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,

Suami menjadi nahkhoda kapal, kamu navigatornya.

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,

Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya.

Pernikahan ataupun perkawinan,

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,

Untuk belajar meniti sabar dan redha,

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,

Justeru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Khadijah,

Yang begitu sempurna di dalam menjaga,

Pun bukanlah Hajar,

Yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman,

Yang berusaha menjadi solehah....

KISAH BILA PEMUDA


MABUK DALAM CINTA


TERHADAP ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.

"

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia hendak dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."






Monday, May 25, 2009

Wanita...Secantik Anugerah..


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..


Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia


Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..


Ku wanita
Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami


Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita…
Ku Wanita…

Wanita…

ATAS NAMA CINTA...


Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta


Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh saudara Md Nur.