Saturday, 2 July 2011

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
































Assalammualaikum.....(^_^)

Hari ni aku nk kongsikan cerita semalam....semua orang tahu tanggal 2 julai 2011 adalah tanggal di mana Sambutan Sukan 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia di seluruh sekolah di Malaysia.Makanya yang paling excited adalah murid-murid sekolah.

Namun begitu aku adalah insan yang paling teruja untuk menceburi bidang kesukanan ini...hahahaha......tugas aku semalam adalah sebagai pengacara majlis. Namun kerana aku terlalu teruja sangat untuk berlari aku terus serahkan tugasan harian aku kepada Puan Saptuyah...hehehe...bukan niat untuk curi tulang tapi minat yang sangat mendalam di dalam bidang kesukanan membuatkan aku terus perjuangkan niat dan impian yang selama ini terpendam..hehehe...

Member sekepala aku kak yan (pengurus Pra) dan kak syikin (guru Jqaf PAI) telah sampai ke sekolah dengan niat dan hati yang sungguh murni..cewah!!..tetapi kak syikin ni asyik duk sibuk dengan saudagar kain dan baju sehingga lupa untuk berlari bersama-sama. Tetapi tidak mengapa , aku dan kak yan selaku wakil dari geng "anak dara sekolah" ....hahahah.....mampu untuk melaksanakan tugas dan impian kami untuk menjadi pelari yang disegani ramai...(poyo je)...aku ingat jalan yang di lalui untuk berlari tu tak lah jauh sangat tapi aku rase macam nk pecah usus perut ni. Bayangkan aku berlari dengan perut aku yang kosong, tidak makan, kaki yang terluka dan melecet, dan akhirnya berkaki ayam untuk ke garisan penamat namun aku tetap gagahkan juga untuk menghabiskan larian maut ini..pasni aku tobat taknk cube lagi..huhuhuh....

Tak habis lagi ni...pas lari aku terus pergi main bola jaring ..aku lupe aku jadi pengacara untuk penyampaian cabutan bertuah...bukan untuk lari tugas namun jiwa yang penuh kesukanan membawa aku ke gelangang untuk bermain..hehehhe....aku main dengan bersungguh-sungguh tanpa aku sedari kulit muka dah terbakar dek panas matahari yang semakin mencium aku...huhuh...(hitam pun hitam lah).

Apapun semlam memang paling best dan enjoy. Terima kasih di ucapkan kepada tentera Kem Rascom yang membawakan kami atlit-atlit yang sangat gagah dan ganteng-ganteng untuk berlari bersama kami pihak guru...tu yang aku semangat tu nak lari..hehehhe...dan kepada semua ibubapa murid-murid SK BATU 10 , anda adalah ibubapa yang TERBAIKKKKK!!!!! Anda memang sporting habis!! terima kasih yang sanggup tunggu untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah sehingga ke tengahari , duduk di bwah pokok pinang, meja, pondok, dan sebagainya...terima kasih juga kepada peniaga-peniaga yang sanggup jual dan kedai korang memang best!! habis semua jualan di sapu habis oleh pihak kami semua semalam....untung besar tu....dan yang paling amat aku tabik springggggggggggggg....!!! kepada Semua KAKITANGAN SK BATU 10 yang menganjurkan sambutan larian ini....terbaikkkkkk!!!....luv u all~~(^_^)

No comments:

Post a Comment